Cart 0
011.png

YANG SELALU ADA DISISI

RM 20.80 RM 26.00


“Aku nak kau tolong aku tackle Ailin jadi girlfriend aku.” – ANIQ

Zafreen sangka, pada hari jadinya yang ke 29 tahun, Aniq akan meluahkan perasaan dan mengajaknya bercinta. Namun, lain pula yang berlaku bila Aniq jatuh cinta pada sepupunya yang cukup menjengkelkan itu.

Kesedihan Zafreen membawa kepada pertemuannya dengan Imaad, pemain piano terkenal dunia yang ketika ini sedang hiatus.

Mamat ni nak merompak aku ke? Ke dia nak culik, lepas tu rogol aku? Eh! Lepas tu jual semua organ dalam badan aku! – ZAFREEN

“Miss, orang-orang tu adalah orang-orang yang merbahaya. Kalau you tak start enjin dan beredar dari tempat ni, you dan I… Kita berdua akan dibunuh!”- IMAAD

Pertemuan pertama membuatkan perkenalan mereka berpanjangan.
Imaad yang mendengar setiap kali dia meluah, Imaad yang menemani di saat dia berduka, Imaad yang selalu ada di sisi. Zafreen terusik dan bahagia.

Tiba-tiba…

“Aku rasa kau tak bertepuk sebelah tangan. Aku rasa aku juga ada hati pada kau…” - ANIQ

Zafreen seperti tidak lagi teruja saat Aniq melafazkan perkara itu kerana hatinya telah dicop mohor oleh Imaad. Tetapi dia seorang sajakah yang merasa cinta ini, sedangkan Imaad… kaku dan kejung seolah tiada perasaan.

Ini tentang hati yang ingin saling memiliki, tetapi dalam diam saling melukai.

Sebuah kisah cinta yang seharusnya lurus, namun jadinya bersegi. Siapakah yang menjadi lagu di hatinya? Atau mungkin juga irama takdir mereka tidak akan pernah bersatu?