Cart 0
01.png

Yang Lebih Sempurna

RM 21.60 RM 27.00


Berbulan lamanya dibiarkan oleh seorang suami tanpa nafkah dan perhatian, Alya Diyana masih mampu bertahan. Tetapi bila dia diceraikan oleh lelaki pertama yang mendapat tempat di hatinya itu, seluruh jiwanya serasa lumpuh tidak berdaya.

Alya Diyana benar-benar tidak bermaya. Saat semua rahsia terbongkar, Syafiq datang merayu. Menggangu dan memujuknya tanpa jemu agar mereka kembali bersatu. Alya Diyana mula keliru kerana rasa cinta yang masih bersisa.

Kehadiran Zarif sebagai penyelamat pada setiap waktu membuatkan Alya Diyana berasa selesa, namun tanpa sedar lelaki itu hanya mempergunakannya kerana mahu membalas dendam kepada Syafiq. Kenyataan itu menyakitkan. Kerana rasa kecewa dan mahu menghindarkan diri dari kedua-duanya, Alya Diyana nekad memilih bakal suami yang tidakdikenali. Tinggi macam galah dan berambut kerinting.

Alya Diyana - Saya rasa, saya dah jatuh hati pada bakal suami yang tinggi macam galah dan berambut kerinting.