Cart 0
ya tuhan, ini amat menyakitkan.png

Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan

RM 18.40 RM 23.00


Anak kecil berlarian dengan baju lusuh dan seluar compang-camping. Apabila didekati, tiada tangan rupanya. Ada ibu berdiri di luar khemah, di dalamnya anak-anak sedang tidur kepenatan. Dia hanya berdiri kerana tidak tahu di mana hendak melepaskan lelah.

Kehidupan di celah kebinasaan umpama magis yang sukar untuk digambarkan. Hanya pohon tin dan zaitun jadi saksi. Melihat tanpa boleh membantu, memberi teduh tanpa menghilangkan haus.

Dari tahun 2011, lebih enam juta rakyat Syria menjadi pelarian dan keluar dari negara sendiri. Mereka mencari perlindungan dan lebih penting, menyambung nyawa anak-anak yang masih kecil.