Cart 0
xpress pintar upsr tahun 456 matematik.png

Xpress Pintar UPSR Tahun 4.5.6 Matematik

RM 8.42 RM 9.90


Siri XPRESS PINTAR UPSR ini diterbitkan bagi memenuhi keperluan format UPSR terkini dan keperluan semasa yang digariskan dalam sukatan pelajaran.

Setiap judul dalam sir XPRESS PINTAR UPSR ini dirancang dan diolah dengan bersumberkan buku teks, buku ulang kaji, kertas peperiksaan terdahulu, contoh pentaksiran, maklumat semasa, dan kepakaran penulis yang cukup berpengalaman dalam subjek masing-masing.

Walaupun bersaiz kecil, siri XPRESS PINTAR UPSR mampu membawa kejayaan besar kepada calon UPSR. Dengan slogan "Fakta Padat...Pencapaian Hebat!", siri ini bukan sahaja menyediakan nota dan panduan yang tuntas malah soalan yang berkualiti untuk menjadi pemangkin kejayaan murid.


Nota Komprehensif UPSR

Nota dan penerangan disediakan dengan teliti dan dijelaskan dalam bentuk poin ringkas, menekankan topik-topik popular dan penting.

Praktis dan Kertas Model Berformat UPSR

Setiap soalan diolah mengikut format dan Kertas UPSR terkini yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Kertas Klon UPSR

Disediakan Kertas Klon UPSR sebagai praktis tambahan.

Jawapan Berkualiti

Jawapan lengkap disediakan untuk murid membuat semakan bagi praktis dan kertas model.