Cart 0
n22.png

Walimatulurus Aku & Dia

RM 22.40 RM 28.00


BLURB:

Kalau bertunang tak semestinya sampai ke jenjang pelamin. Lebih kurang dua bulan saja lagi, status diri Nur Adinda dan Tengku Haidar bakal bertukar single kepada married. Namun, sedang hati mereka memandu menuju pelamin angan, tiba-tiba ada pula yang datang melanggar. Terus jadi ‘pelamin anganku musnah’.

“Tolong tarik balik keputusan awak. Kita dah nak berkahwin, kan sayang?” – Haidar

“Tak nak dan tak mungkin! Sebab tak lama lagi kita nak jadi suami isterilah saya kena putuskan semua ni. Saya tak nak gadaikan diri hidup dengan lelaki macam awak!” – Dinda

Jika yang pergi itu cinta, mungkin yang datang adalah jodoh. Setelah 7 tahun tidak bersua, takdir membawa Zarr Iskandar kembali. Tiada yang kebetulan melainkan semua telah dirancang.

“Zarr Iskandar, awak sedar tak apa yang awak tengah buat ni? Awak buta ke? Tengok betul-betul saya ni siapa? Saya Adinda. Bukan tunang awaklah!” – Dinda

“Saya malas nak cakap banyak. Jom, kita kahwin?” – Zarr

Tak boleh! Adinda tidak mahu mencari masalah. Malangnya, rencana manusia memang indah, tapi rencana Allah lebih indah. Mereka bersatu jua.

“I’m just acting my part. Tak perlu berterima kasih.” – Dinda

“Your part? As what?” – Zarr

“Your wifelah.” -Dinda

“Boleh ulang tak?” – Zarr

Berkahwin biar sekali. Dinda berusaha belajar memberi dan menerima meskipun terus dirayu oleh Haidar untuk kembali. Ah, kacau! Tapi Dinda sedar dengan kewujudan Putri memang dia tidak dapat larikan diri. Nanti, atau boleh jadi sampai bila-bila!

“Macam yang saya rancang sebelum ni, awak dan saya sama-sama jaga Putri.” – Haidar

“Takkan ada sesiapa pun di dunia ni boleh ambil Putri daripada saya.” – Zarr

Apakah hubungan sebenar dua lelaki itu sehingga sepanjang hidup Dinda harus tersangkut dengan bekas tunangnya itu? Dan siapa pula Putri dalam lingkungan takdir mereka bertiga?