Cart 0
n1.JPG

V for Veterinar

RM 20.00 RM 25.00


Tahukah anda apa itu veterinar?



Bukan. Bukan berusia dan berpengalaman, itu veteran. Ops! Bukan lagi. Bukan yang suka makan sayur, itu vegetarian.



OK. Kami beri clue.



Bayangkan begini. Seorang lelaki. Memakai kot putih dengan stetoskop di leher. Duduk di atas kerusi yang boleh berpusing-pusing di sebuah klinik dan berkata : Hari ini sakit apa?



Ya. Mereka lah doktor! Doktor yang bertanya banyak soalan, memeriksa jantung pesakit, mencucuk dengan jarum dan kemudiannya memberi preskripsi ubat.



Cuma pesakit mereka bukan manusia, tetapi para haiwan!



Bolehkah seekor kucing mengadu, “Doktor, saya demam pagi ini.”

Bagaimana seekor lembu berkata, “Doktor, saya dah tiga hari cirit-birit!”

Atau seekor ular berdesis, “Hissss… lidah sssaya ssssakit...”



Kalau mahu tahu bagaimana doktor ini melayan kerenah pesakit istimewa ini, segalanya ada di dalam naskhah ini. Sudah bersedia? Sudah tahu apa itu veterinar?



Ya. V for veterinar!