
USTAZ MY LOVER
Sinopsis
USTAZ, MY LOVER
DINIE NAZMIE KAMIEL
IMPIAN untuk menjadi seorang ustaz setelah patah hati dalam percintaan, membuatkan Syukur mengabdi diri menuntut di sekolah pondok yang terletak di Songkhla, Thailand.
‘Aku telah memilih duniawi dan akhirat. Kedua-dua perkara itu kupilih demi mengimbangi kehidupanku sebagai Muslim.’ SYUKUR
Semasa menuntut di sekolah pondok, Syukur menjadi tumpuan si dara gara-gara kekacakan dan keperibadian murni yang dimiliki. Salah seorang pemuja Syukur adalah Solehah.
‘Tatkala aku menatap wajahmu, aku pasti menjadi terlalu gemuruh kerana dikuasai rasa cinta. Namun, rasa itu cepat-cepat kubuang dengan cara menyebut nama Tuhan agar aku dapat menghindari dosa apabila bersamamu.’ SOLEHAH
Keinginan menggila Solehah terhadap Syukur telah mengundang rasa jaki Iman. Iman mendendami Syukur apabila Solehah membunuh cintanya terhadap gadis itu selama ini.
“Tidak semestinya perempuan bertudung labuh tidak punya sikap lahanat. Begitulah kau, Solehah. Kau seperti mesin pengisar yang telah menghancurkan rasa sayangku kepadamu.’ IMAN
Iman telah merancang sesuatu yang keji demi menjahamkan Syukur. Segala dosa yang bakal diperolehi tidak dipeduli.
Bagaimana Syukur mahu mengelak dirinya dari didajalkan Iman? Adakah dia harus berdiam diri atau harus menjadi Mujahidin yang berjihad menentang musuh? Itu semua terletak di tangan Syukur. Dalam masa itu, gadis yang pernah mengisi hidupnya kembali menguasai diri.
‘Soal halal, bukan terletak pada makanan sahaja. Tetapi ianya harus dilihat dalam konteks percintaan. Begitulah jika kau mahu mencintaiku, pastikan aku telah menjadi halal terlebih dahulu di sisimu sebelum kau menikmati diriku.’ KAMISAH