Cart 0
j.png

USAHAWAN AKHIRAT

RM 24.70 RM 26.00


Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia. Keuntungannya boleh dinikmati di dunia dan lebih mewah lagi di akhirat. Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman. Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana. Namun – bagi mereka yang berfikir – pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama. Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek ketuhanan yang telah dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza. DZ (Dato' Mohd Zaini Ariff) secara kreatif mengisahkan kehidupan beliau lalu mengajak khalayak pembaca melihat setiap kejadian pada akhirnya membawa kepada perlambangan bagaimana Allah sentiasa berada hampir di sisi manusia. MKI (Prof. Muhd Kamil Ibrahim) pula menggunakan ‘Nombor Usahawan' sebagai suatu ajakan dan motivasi kepada khalayak supaya menghampirkan diri kepada pencipta, yakni Allah SWT. Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!