Cart 0
lya.png

Terima Kasih Cinta

RM 19.00


“Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office! Dapat gaji nanti beli lah kasut baru...”

Amani runsing! Hampir saban hari ada sahaja kejadian yang mengundang kebencian ‘ si singa jantan’. Tentang baju buruk yang tersarung di badan, tentang kopi yang tidak cukup manis, tentang kasut cabuk yang sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa keadaan. Kasihan kau kasut...

Di saat Amani mula berputus asa, layanan berbeza mula dirasainya. ‘Ai, takkan singa jantan dah bertukar menjadi kucing manja kut?’
Api kebencian yang terpendam di dada semenjak bertahun yang lalu bagaikan padam dengan tiba-tiba. Aura apa yang dibawa oleh gadis kampung ini? Mengapa ada debaran yang menggila setiap kali bertentangan mata? Mengapa ada rindu apabila berjauhan? Mengapa ada cemburu yang bertandang saat si dia menjadi tumpuan? Apakah perasaan yang sudah dibuang mati kini kembali melata di taman hati? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk melenyapkan kenangan lalu yang menghiris kalbu?

“Amani, sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai imam dalam hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya sampai tua ganyut.”

Di saat cinta sudah berputik, kepulangan Natrah membawa 1001 rahsia. Anak kecil bernama Emir Luqman menjadi senjata untuk Natrah menawan kembali sekeping hati Zafran. Antara cinta dan belas-kasihan, yang manakah menjadi keutamaan Zafran? Tergamakkah Zafran melukakan hati Amani demi permintaan Natrah? Sanggupkah Amani menerima Zafran jika rahsia sudah terbongkar?