Cart 0
zzz1.png

Terdetik Mencintaimu

RM 22.40 RM 28.00


Adam dan Seri... titik pertemuan mereka bermula ketika berebutkan sebatang pen Parker di sebuah kedai. Pen Parker yang bakal mencorakkan hubungan mereka. 

Suka Adam menjadi resah bila tahu Seri adalah anak musuhnya, Sufian. Kematian Sufian secara tiba-tiba menjadikan Adam sebagai suspek utama. Puncanya disebabkan pen Parker milik Adam. Namun, Adam menafikan tuduhan itu.

Suka Seri bertukar benci dengan sikap tidak mengaku bersalah Adam. Sementelah ada pihak ketiga yang cemburu akan perhubungan itu. Zain, lelaki pilihan Sufian tidak betah melihat kemesraan itu, lalu mencipta onar.

"Encik Adam, saya ikhlas minta maaf atas kesilapan saya. Saya sanggup buat apa saja untuk tebus dosa saya tu." - Seri

"Kahwin dengan saya pun awak sanggup?" - Adam

"Saya takkan menyesal. Bahagia tu datang daripada ALLAH. Saya yakin, ALLAH akan pinjamkan kebahagiaan itu pada saya. Saya akan cari bahagia tu. - Seri

Dalam usaha mencari kebenaran, ada perasaan indah menular di hati. Namun, selagi ada Zain segala-galanya makin sukar dan payah.