Cart 0
zzz1.png

Terbang Tinggi: Inilah Kisahku - Dari Airasia Ke QPR

RM 29.75 RM 35.00


"

Sebagai seorang budak lelaki, Tony Fernandes bercita-cita menjadi seorang juruterbang, pemandu kereta lumba atau seorang pemain bola sepak. Pada tahun 2001, beliau melangkah ke arah yang lebih baik dengan membangunkan syarikat penerbangan. Beberapa tahun selepas itu, beliau membeli pasukan Formula Satu dan menjadi Pengerusi Kelab Queens Park Rangers.

Dilahir dan dibesarkan di Malaysia, Fernandes telah dihantar ke sekolah berasrama di England pada umur 12 tahun. Beliau begitu cemerlang dalam sukan dan telah diajar tentang kepentingan setiakawan. Selepas meninggalkan bangku sekolah, Fernandes menjelajah seluruh Amerika dan Australia, mempelajari pengajaran yang amat berguna tentang kuasa positif dan persamaan yang akan membantu mencorakkan pendekatan terbuka beliau terhadap bisnes.

TERBANG TINGGI

Selepas belajar sebagai seorang akauntan dan menghabiskan karier awal di Virgin Communications dan Warner Music, Fernandes memperoleh AirAsia, syarikat penerbangan yang gagal dan beliau berjaya menukarnya menjadi syarikat pengangkutan tambang rendah yang pertama di Asia.

Fernandes menyama rata pelancongan udara di Asia dan dalam proses membina syarikat multibillion dolar. Beliau memenuhi satu impian pada zaman kanak-kanaknya untuk mencapai satu lagi impiannya dan membantu QPR ke peringkat Liga Premier selepas 15 tahun hilang dari dunia kejayaan.

Di dalam buku ini, Fernandes berkongsi perjalanan dan pengalaman hidup dari prinsip utama bisnes dan titik perubahan beliau pada tragedi Penerbangan 8501.

Terbang tinggi adalah memoir pemimpin bisnes yang sungguh istimewa dan kisah-kisah yang memberi inspirasi. Ini membuktikan bahawa kita boleh mencapai apa-apa yang kita hajati jika berani berimpian.