Cart 0
j.png

TAWANAN HATI ENCIK CINTA

RM 20.80 RM 26.00


“I ingatkan you dah pergi.” Dia bersuara. Yang pasti, apa yang dia katakan itu memarakkan lagi rasa marah di hati. Jadi, dia tahu yang aku akan pergi?

“You datang sini untuk apa?” Aku menyoal terus. Cuba buat-buat tak faham dengan soalannya. Aku tak nak daripada soalannya itu, jiwa aku jadi makin tak tentu arah. Sudah pasti itu akan memberi peluang pada dia untuk terus menjatuhkan lagi semangat yang ada dalam diri aku sekarang ini.

Huda berpeluk tubuh. Tepat dan penuh yakin matanya memandang aku.

“I datang sini untuk apa? You rasa you perlu tahu ke?” Muka angkuh ditunjukkan. Aku berdesis di sebalik bibir. Cuba sabarkan hati dengan soalan-soalannya itu. Kalau tak mengenangkan aku sebenarnya yang ‘dihalau’ keluar oleh Ashan dari sini, memang aku dah heret badan Huda keluar dari pagar rumah.

“I perlu tahu sebab ini rumah suami I!” Masih dalam gaya yang sama aku tunjukkan. Tapi gaya tenang aku tak kekal lama bila Huda ketawa mendengar apa yang keluar daripada mulut aku.

“Untuk pengetahuan you, sekejap lagi rumah ni akan jadi rumah suami I juga. By that time, mungkin rumah ni akan jadi rumah bekas suami you.” Ditekankan perkataan ‘bekas’ itu buat aku.

Aku ketap gigi. Berusaha untuk tidak membalas apa-apa
memandangkan ayat terakhir yang diperkatakan itu mungkin akan benar-benar terjadi.

“Abang Ashan kata dia nak cari ibu untuk Qarizh memandangkan Qarizh tak ada mak sejak lahir. So, Abang Ashan offer I,” tambahnya lagi.