Cart 0
n1.png

TARBIAH SENTAP 3

RM 24.00 RM 30.00


Buku ini adalah sambungan dari buku Tarbiah Sentap 2. Untuk siapakah buku TARBIAH SENTAP 3 ini?

1. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah.

2. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa, Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang

dari 100 kali sehari.

3. Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa,ajal boleh datang bila-bila.

4. Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti

kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin mereka akan masuk syurga.

5 . Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu mempunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong 

yang perlu kita semua tahu.

6. Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan taubat adalah fardhu ain ke atas setiap makhluk bernama manusia...

7. Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun masih kabur tentang hakikiat dosa, dan apakah cara untuk meninggalkannya.

8. Untuk mereka-mereka yang mahu melibatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini.

9. Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahgiaan dan ketenangan, yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci.

Dan...

10. Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.