Cart 0
zzz1.png

Taksub

RM 19.20 RM 24.00


Asywad Afendi adalah seorang penulis yang mempunyai masalah sosial. Dia hanya menumpukan sepenuh perhatian kepada manuskripnya. Dunianya hanyalah di dalam bilik, yang sering membawanya pergi ke dalam dunia fantasi penulisan yang sedang dia siapkan. Taksub, sebuah manuskrip yang diberi nama olehnya. Menceritakan tentang seorang penulis yang telah meneroka satu dunia yang berbeza, namun jasadnya masih kekal di alam nyata. Kemunculan Ainul Batrisyah sebagai watak utama dalam manuskripnya telah membantunya menyiapkan hampir sepenuhnya itu.

"Sayang... jangan tinggalkan abang. Ainul Batrisyah!" -  Asywad Afendi

Setiap olahan yang dikisahkan dalam manuskrip itu seolah-olah berlaku dalam dunia realiti di matanya.

Bayangan hitam itu terus berbisik di telinganya, berkata sesuatu, menyebabkan dia terpinga-pinga memandang sekeliling. "Ambillah aku kembali... Kau tuan aku..."

Terlampau obses dengan apa yang dilaluinya, perwatakan Asywad Afendi mula berubah. Kini, dia bukan sekadar seorang penulis yang ada masalah sosial bahkan ada masalah dengan personaliti diri yang dibawa dalam manuskripnya. Ditambah dengan tekanan kerja yang memaksa dia segera menyiapkan cerita itu, obsesinya makin ketara bersama keseronokan meneroka dunia Ainul Batrisyah.

"Mari abang... mari dengan saya. Kita bini hidup baharu bersama. Selama-lamanya kita akan bahagia berdua." - Ainul Batrisyah

TAKSUB itu, tiada penghujungnya.