Cart 0

TAK MENGAKU CINTA

RM 20.00 RM 25.00


“You are crazy.” Dada Diana turun naik ketika cuba mengawal kemarahannya.
“Yes, I’m crazy because of you. Come on. Just tell me want do you want? Duit? Barang kemas? Handbag? Hermes? Gucci? Prada? Chanel? You name it. Atau, awak nak saya belikan kereta? Rumah? Just name it.”
Gara-gara ternampak kelibat Diana di kelab malam yang selalu dikunjungi oleh Syafiq, membuatkan jantung lelaki itu tiba-tiba berdegup kencang. Hati lelakinya mahukan gadis misteri tersebut. Sudah berminggu-minggu dia menanti kehadiran gadis itu, namun Diana langsung tidak muncul sehingga memaksa Syafiq mengupah penyiasat persendirian untuk menjejak gadis tersebut. 
Pelbagai cara telah digunakan oleh Syafiq bagi menundukkan Diana, namun semuanya sia-sia belaka. Sehinggalah memaksa Syafiq membeli resort tempat Diana bekerja, semata-mata mahu gadis itu sentiasa dekat dengannya.
“Macam ni ke awak mengalu-alukan kedatangan majikan baru awak?” ~ Syafiq.
“Yes, Encik Syafiq. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” ~ Diana.
Syafiq angkat kening. “Kalau saya minta awak temankan saya malam ni, boleh?”
Sudah puas Diana menolak, menumbuk dan menampar lelaki bernama Syafiq itu, namun lelaki itu tidak pernah berputus asa sehingga membuatkan Diana menuturkan dua syarat.
“Awak janji akan jadi isteri saya kalau saya mampu tunaikan apa yang awak mahu tu?”
Isteri? Gulp! Bila masa pula dia sebut pasal nak jadi isteri lelaki ini?
Disaat rasa cinta mula bercambah di hati Diana, timbul pula konflik lain. Dijah, gadis yang membencinya sejak kecil cuba pula mahu merampas Syafiq daripadanya hanya kerana gadis itu mahu membalas dendam dan menyakitinya.