Cart 0
05.png

Syurga Buatku Pendosa

RM 23.90 RM 29.90


Mengapa sukar sekaliku meninggalkan kisah silamku?

Terpinggir dan disisihkan, apakah silapku?

Tuhan, jangan biarkan aku berputus asa..Sunyi dan kosong di hatiku, bagaimana mampu ku lenyapkan?

Perlukah cinta manusia itu diagungkan?

Kenapa Engkau menjauhkan aku dengan semua kebahagiaanku?

Menangislah, ada Tuhan yang mendengar..Sakit ini hadiah untuk ku ke Syurga.

Tuhan, Jangan ditolak cinta ini..Aku amat mencintainya, Mengapa kami dipisahkan?

Apa yang Tuhan lebih tahu dariku?

Mengapa adanya derita, ciptakan sahaja bahagia..Pura - pura mengerti, sedang sakit membarah di hati. 

Derita orang yang Tuhan sembunyikan.

Ya Allah, sembuhkan luka ini..

Perlukah aku bersedih untuknya?

Masa yang ditinggal pergi dan banyak lag。。Masa bagai berlari-lari meninggalkanku, terbiar didalam selimut sendu dan tangisan yang begitu sukar untuk kulukiskan. Kepada siapa inginku hamparkan debu-debu pilu yang kian menenggelamkan harapan demi harapan agar aku mampu melihat terbitnya sang suria kebahagiaan....

Oh Tuhan, aku benar-benar kesunyian, kekosongan. Luka dosa-dosaku menghayutkan aku kelembah keseronokkan yang memalitkan aku dengan kesengsaraan. Pujuklah rasa ini, agar kolam hati kan jernih kembali biarpun keruh-keruh dosa telah lama berkeladak didalamnya.…

SYURGA BUATKU PENDOSA adalah hadiah buat hati-hati yang sudah tiada lagi harapan, hilang dalam kekaburan kepercayaan kepada diri dan Tuhan, tidak lagi tahu kemana arah yang ingin berjalan, Sukar sekali melawan khayalan dan kesepian yang membungkam dan kebencian yang hadir tanpa diundang.