Cart 0

Sweet Revenge

RM 25.60 RM 32.00


Kata orang kecewa dalam percintaan itu perkara biasa tapi tidak pada seorang lelaki yang bernama Tengku Kayden. Sakitnya terkandas dalam percintaan itu sangat sukar ditelan sehingga menjadikan dia seorang pendendam. Dek kerana itulah dia dan Zandra Nur Tatiana disatukan walaupun tanpa kerelaan gadis itu. Tujuannya hanya satu, dendamnya perlu terbalas. Kesakitan yang dirasakan selama ini perlu ada yang turut merasainya supaya hatinya puas! Adakah adil buat Zandra untuk terseksa kerana kesalahan orang lain?

“Saya sukakan Zandra dan saya sayangkan dia. Saya rasa alasan itu sudah cukup kuat untuk saya memperisterikan Zandra. Saya tak kisah masa silam dia, setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan sejujurnya saya langsung tak kisah. Uncle, izinkan saya untuk mengambil Zandra Nur Tatiana sebagai isteri?” – Tengku Kayden.

Ikhlas sungguh bunyi permintaan lelaki itu tetapi hakikatnya itu hanyalah dongeng yang direka supaya Zandra menjadi miliknya dan senanglah dia untuk melunaskan dendam kesumatnya itu.

“Kenapa hati you busuk sangat Kayden? Apa susah sangat ke untuk you terima kenyataan bahawa Dahlia Aisya bukan lagi milik you dan tak akan sesekali jadi milik you! I dah jadi galang ganti untuk dendam you Kayden… apa lagi yang you nak? Leave them alone Kayden.” – Zandra

Siapa Dahlia Aisya? Apa kaitannya dengan dendam yang Tengku Kayden semat dalam hatinya sehinggakan Zandra yang menjadi mangsa kerakusan lelaki itu?

Tanpa Tengku Kayden sedari dendam itu yang bakal membunuh kebahagiannya sendiri. Kena sangatlah dengan pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Mampukah kemaafan diraih setelah banyak hati yang dilukainya? Atau kebahagiaan itu telah mati hanya kerana DENDAM yang melingkar di hati?