Cart 0
1488056153_2821796_z

Survey Calon Jodoh

RM 26.00


“Dah kahwin?”

Argh, sebenarnya bukan itu soalan yang dia nak tanya. Tapi soalan versi tak disukai ramai itu jugaklah yang keluar. Tapi senang nak kacau kalau dah dapat pengesahan.

Luruh semangat Nadrah. Tiba-tiba datang dan hulur soalan cepu cemas. Apa soalan ni memang favorite semua manusia ke? Skop jenis wajib tanya. Macamlah derhaka kalau tak tanya.

“Belum.”

“Kenapa belum? Bukan ke awak dah masuk umur dua puluh lapan?”

Dia main kasar pulak sebut-sebut umur ni. Bukan tak tahu perempuan sensitif bab umur. Tapi kejap.. Mana pulak dia tahu umur aku dua puluh lapan? Mamat ni stalker ke apa?

“Mana awak tahu umur saya dua puluh lapan?”

“Oh, saya kira kedut kat muka awaklah..”

You what?!