Cart 0
zzz1.png

Sudi Jadi Isteri Saya?

RM 24.00 RM 30.00


Kata Irfad, dia sudah buang perasaan cinta (wekk... menyebutnya langsung buat dia benci) jauh-jauh. Perempuan semuanya dusta! Dia pernah agungkan cinta. Dulu. Sekarang ini, maaf, boleh blah!

Aflah, gadis yang serba ada. Rupa, harta mahupun nama (tak ada nama takkan nak panggil hantu hot... hihihi...)

Malangnya cintanya dikianati oleh tunang juga rakan baiknya. Bodoh, dia mengambil tindakan paling ekstrem.

Bila dua hati yang parah bertemu, ada satu cerita bertamu.

Sesungguhnya takdir mempermainkan mereka, membelit hati dan menyatukan jiwa yang masih lagi berdarah. Irfad mahu mencari jalan keluar sewaktu dia dan Aflah dipaksa bersatu. Nadya hilang punca, cuba meraih Irfad kembali padanya. Mahu cinta hatinya menjadi miliknya kembali.

Siapa antara dua jadi pilihan? Nadya yang kembali kepadanya, atau Aflah yang kini mengusik jiwa. Irfad kini mencari cinta, mencari suri untuk dijulang hidupnya, SUDI JADI ISTERI SAYA?