Cart 0

suamiku along?

RM 22.40 RM 29.90


Damia merupakan anak tunggal kepada Pak Mael dan mak Piah kini menuntut dalam bidang undang-undang di UKM. semasa berada di tahun akhir, damia mendapat berita mengenai kematian pak mael. Semasa di kampung Irfan telah datang ke pondok damia untuk menuntut bayaran hutang daripada Pak Mael. Damia tidak percaya ayahnya berhutang dengan Irfan mula menjerit untuk mengelakkan daripada dirinya diculik oleh Irfan. tapi akhirnya Damia tersungkur rebah kebumi setelah ditumbuk oleh Irfan. Damia dan Nak Piah telah dikurung oleh Irfan. semasa Damia dalam kurungan Damia meray pada Irfan supaya Irfan mengawininya, tetapi Irfan tolak mentah-mentah permintaan Damia. irfan telah mengambil keputusan supaya Damia bekerja sebagai pembantu di rumah Irfan. damia terpaksa akur dengan kehendak Irfan walaupun dia dilayan sangat teruk kerana Mak Piah sentiasa berpihak kepada Irfan.
Pada Suatu hari Irfan meminta Damia untuk bekerja dengan Dato' razak zainoddin. sepanjang damia bekerja di sana, dia sering digosipkan denga Ikhwal anak tunggal anak Dato' Razak. tetapi Damia menafikannya kerana Damia sering terkenangkan Irfan yang sudah berkahwin dengan gadis pilihanya. Damia sentiasa rindu maki-hamun irfan padanya. tapi damia terpaksa akur kerana Irfan tidak akan menjadi miliknya lagi.
Marina telah bersepakat dengan Razilah untuk jodohkan Ikhwal dengan Damia, tetapi misi mereka tidak berjaya kerana hatinya pada Irfan dan telah menceritakan segalanya pada marina. tetapi apakan daya disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. segala keburukkan Irfan telah diceritakan pada Damia, Rupanya Marinalah isteri Irfan selama ini yang Irfan rahsiakan.