Cart 0
1488055494_2686902_z

SPG Islam Agama Rabbani

RM 33.90 RM 34.90


Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Islam Teras merupakan sebuah buku teks yang ditulis berdasarkan Sukatan pelajaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Pendidikan Islam Teras dan Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP). Buku ini ditulis untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pembaca dalam melakukan ibadat khusus dan ibadat umum, konsep akhlak dan moral, amali solat, fikah Islam, muamalat, mengetahui sirah rasulullah SAW dan konsep tasawwur Islam. Justeru, kandungan buku ini dibahagikan kepada lapan bahagian yang mencakupi bidang Tilawah Al-Quran dan Hafazan, Akidah, Ibadat, Fekah, Akhlak, Amali, Sirah Nabawiah. dan Tasawwur Islam. Ia sesuai dijadikan rujukan untuk semua guru, pelajar KPLI (yang mengikuti kursus Pendidikan Islam) dan pelajar Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) di institusi pengajian tinggi di Malaysia dan kepada orang ramai untuk bacaan umum.