Cart 0
N3333.png

SPG Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

RM 36.00


Buku Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran dihasilkan berdasarkan kursus Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang menjadi kursus teras di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seluruh negara yang perlu diambil oleh pelajar tahun tiga. Kandungan buku ini meliputi kesemua aspek seperti konsep, proses, model inovasi pendidikan dan generik, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian projek inovasi digital dalam pendidikan. Buku ini mengandungi lapan bab, iaitu Konsep dan Proses Inovasi, Model Inovasi Pendidikan (Trialogikal), Model Inovasi Generik (TRIZ), Penjanaan Idea, Pembangunan Projek Inovasi Digital Pendidikan, Pelaksanaan Projek Inovasi Digital Pendidikan, Harta Intelek dan Penilaian Projek Inovasi. Selain dijadikan buku teks para pelajar IPGM, buku ini juga sesuai untuk digunakan sebagai bahan rujukan para pensyarah, guru dalam perkhidmatan, pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta mereka yang berminat dalam bidang inovasi digital.