Cart 0
q1.png

Solat Sunat Pilihan (Edisi Kemaskini)

RM 18.00 RM 20.00


SOLAT SUNAT PILIHAN (Edisi Kemaskini)
Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri

Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat.

Kehidupan bagaikan kerdipan mata. Satu perumpaan yang tersirat, membawa maksud yang begitu mendalam. Betapa singkatnya hayat manusia. Justeru, jangan dipenuhi dengan lena yang panjang. Jangan sampai kita terjaga di kala jasad sudah dimamah tanah.

Buku Solat Sunat Pilihan ini tampil mengingatkan kita agar menjadi hamba yang taat, patuh dan ikhlas dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya.

Kupasan tentang hikmah solat-solat sunat pilihan yang dianjurkan dan doa-doa daripada salaf as-soleh berdasarkan sumber yang tepat dan pencerahan yang menyentuh jiwa sangat bermanfaat dalam proses menterjemahkan diri kita sebagai hamba Tuhan.

Solat Sunat Pilihan:
● Solat Rawatib
● Solat Dhuha
● Solat Witir
● Solat Tahajud
● Solat Hajat



Buku: Solat Sunat Pilihan (Edisi Kemaskini)

Penulis: Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri
Penerbit: Telaga Biru
Terbit: Januari 2016
Halaman: 176
ISBN: 978-983-3494-86-6