Cart 0
q1.png

Sistem Pusaka Islam

RM 48.00


Ilmu Pusaka adalah satu daripada cabang ilmu yang sangat diambil berat oleh Islam. Sistem Pusaka Islam yang didasarkan kepada kalam Allah iaitu al- Quran adalah merupakan sebahagian daripada sistem ekonomi Islam yang tulen. Pelaksanaannya dalam kehidupan masyarakat hari ini adalah merupakan penghayatan kepada sistem ekonomi Islam yang secara langsung menjadi jawapan yang tepat kepada masalah ekonomi pada hari ini.

Kitab ini dibahagiakan kepada beberapa bab. Bab pertama menyentuh secara ringkas mengenai pandangan am atau sejarah mengenai sistem pusaka di luar Islam dengan tujuan untuk membuat perbandingan dan membuktikan bahawa sistem pusaka Islam adalah suatu sistem yang sangat lengkap, adil dan tidak ada tolak bandingnya. Suatu sistem yang memberi jaminan hak menerima pusaka kepada tiap- tiap individu yang menjadi waris menurut keadaan dan kelayakan masing- masing dengan tidak menyingkirkan seseorang waris itu daripada menerima pusaka kerana semata- mata perempuan atau kelemahannya. Malahan apa yang dititikberatkan ialah taraf dan kedudukan serta hubungan dengan si mati selagi tidak ada sesuatu yang menegahnya daripada menerima pusaka.

Umat Islam diseru mempelajarinya agar terpelihara daripada melakukan kesilapan dalam pembahagian pusaka dan memakan harta secara batil dan tidak benar. Bahan asas dalam bidang pengurusan dan ekonomi Islam pada semua peringkat. Jawapan kepada kebuntuan masalah pusaka yang dihadapi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam.

Ulasan mengenai buku 'Sistem Pusaka Islam' 

Buku `Sistem Pusaka Islam’ adalah sebuah buku yang mengetengahkan ilmu faraid Islam. Buku ini diterbitkan atas kesedaran betapa perlunya seseorang Muslim itu mengetahui ilmu faraid demi untuk memelihara umat Islam daripada melakukan kesilapan dalam pembahagian harta pusaka dan mengelakkan mereka memakan harta antara satu sama lain secara batil dan tidak benar.

Buku ini amat bersesuaian dengan pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi, golongan ilmuwan Islam dan guru-guru agama dengan harapan agar dapat menjadi salah satu daripada bahan bacaan dan pelajaran serta rujukan mengenai ilmu pusaka.

Ini juga membuktikan Islam adalah suatu sistem yang memberi jaminan hak menurut keadaan dan kelayakan masing-masing dengan tida menyingkirkan seseorang waris itu daripada menerima pusaka kerana semata-mata perempuan dan kelemahannya.

Malahan apa yang dititikberatkan ialah taraf dan kedudukan serta hubungan dengan si mati selagi tidak ada sesuatu yang menegahnya daripada menerima harta pusaka.

Dalam beberapa bab yang berikutnya, penulis cuba membawa dan menerangkan seberapa jelas akan kedudukan sistem pusaka di dalam Islam dengan membawa pendapat-pendapat ulama dan dalil-dalil mereka di tempat-tempat yang ada khilaf dengan membuat penegahan khas dalam mazhab Syafie yang menjadi mazhab yang diikuti oleh sebahagian besar daripada umat Islam di Malaysia.

Selain itu, dibincangkan juga persoalan semasa dan juga masalah-masalah yang berkaitan dengan pusaka serta cara-cara penyelesaian dengan huraian yang mendalam. Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua, khususnya masyarakat Islam di negara ini.

 

Turut Dimuatkan:

1. Pusaka di kalangan bangsa Yahudi.

2. Pusaka di kalangan bangsa Roman.

3. Pusaka di kalangan Orang Sosialis.

4. Pusaka di kalangan Adat Perpatih.

 

(Sumber maklumat daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia)