Cart 0
1488054074_2495983_z

Siapakah di hatiku

RM 14.40 RM 18.00


Kata orang, cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala. Kasih yang cuba dihulurkan oleh Tuan Megat membuatkan Miera berada di dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal, iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuatkan Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap mekhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya, Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan haikal mencabar keegoan Tuan Megat Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera? Hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah haikal dapat kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya? Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti di pinggir hatinya?