Cart 0
1488053551_2337999_z

Si Dia Dari Boston

RM 16.80 RM 21.00


Pemergian Haninah ke Boston membawa hati yang masih lagi dirantai besi kenangan lalu. Namun sejak kali pertama dia melihat sepasang mata biru dan sebaris senyuman yang putih bersih itu, perasaannya mula bergolak. Rasa bersalah, keliru, takut dan cinta bercampur baur dalam hatinya.

Andrew Cohen, bukan sembarangan orang. Dengan tutur katanya yang tenang dan bijaksana, hati Haninah mula yakin dan memekar dengan bunga cinta.

Tetapi mengharapkan abahnya menerima lelaki asing itu bagai menanti putihnya si gagak hitam. Ditambah lagi dengan onar abangnya yang sentiasa iri dan harapan lelaki pilihan abah yang setia menunggu dari dulu, cinta tulus mereka terus diuji. Apakah bermati-matian mempertahankan cinta bakal mengundang bahagia jua akhirnya? Atau hanya akan membuah lara?