Cart 0
N335.png

Setulus Cinta Kamu

RM 21.60 RM 27.00


“Abang Tengku Redza. Suami Nisa.” – Redza.

Hilang ingatan membuatkan hubungan Anisa dan Redza renggang. Segala sentuhan, sapaan dan bisikan cinta di antara mereka suami isteri semuanya dirasakan pelik. Berkali-kali Redza cuba mengembalikan ingatan isterinya tetapi, gagal. Dirinya tetap terasa seakan-akan orang asing bagi Anisa.

“Saya dah tak boleh nak tipu diri saya lagi dah. Saya tak boleh! Saya langsung tak ingat pun siapa awak!” - Anisa.

Hadirnya Nelly di tengah-tengah hubungan mereka menjadikan fikiran Anisa kusut. Siapa perempuan itu sebenarnya dan apa pula hubungannya dengan Redza?

“Macam mana? Bagus tak lakonan I? Anisa... Anisa. Agaknya you ni orang yang ada penyakit lupa kut. Tak apa, biar I ingatkan you sekali lagi. Ini baru permulaan sayang... I akan buat you sedar siapa you dan siapa I di mata Redza. Jadi, jangan jadi orang yang cepat lupa diri ya, sayang? Sebab apa? Sebab perempuan murahan macam you ni... berdirilah dekat mana pun tetap juga murah!” – Nelly.

Demi memulihkan hubungannya, Redza mula mengatur strategi. Anisa harus tetap menjadi miliknya seorang walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Semusim sudah berlalu. Tanpa dia sedar, bayangan masa lalunya datang menghampiri lalu membibitkan rasa curiga di hati Anisa.

Siapa sebenarnya dia? Siapa pula Nelly pada lelaki itu? Malah, sikap Redza juga pelik. Apa yang sebenarnya Redza rahsiakan?

“Redza buat semua tu sebab dia peduli pasal you! Dia cintakan you, Anisa!”– Tengku Nadira.

“Diugut, diculik lepas tu dipaksa kahwin awak kata cinta?”- Anisa.