Cart 0
j.png

Seribu Satu Cinta

RM 21.60 RM 27.00


Dek terhutang budi, Deena akur dengan kehendak TJ. Berkahwin dengan tunang TJ sendiri!

Qarl membantah keras dengan idea gila TJ. Sudahlah TJ memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan kukuh, malah siap disuruhnya Qarl menerima Deena sebagai isteri.

"I.. I.. tak tahu apa yang ada dalam fikiran you sekarang dan I tak tahu apa maksud you lakukan semua ini. I betul-betul tak tahu dan I rasa I diperbodohkan. I rasa I dah jadi lelaki yang paling bodoh sekarang ni." - Qarl.

"Qarl, please... Tolong jangan minta I berterus terang kenapa I perlu buat semua ni. I tahu you kecewa, kesal dan marah tapi I tak boleh buat apa. I harap you dapat terima Madeena. Tolong jagakan dia untuk I. Tolong ya, Qarl." - TJ

Akhirnya Qarl menerima Deena sebagai isteri namun ada syaratnya. Perkahwinan itu perlu dirahsiakan. Dan sekali lagi Deena akur, tidak membantah. Malah, Deena terima takdir hidupnya apabila dia tidak dianggap sebagai 'isteri' sebenar-benarnya oleh Qarl.

"...Aku tak pernah anggap kau sebagai isteri sebab aku tak akan pernah sukakan kau apa lagi nak cintakan kau. Kau tak layak untuk hidup bersama aku, tak layak menjadi isteri aku. Kau hanya layak sebagai hamba aku merangkap orang gaji aku. Taraf kau sama dengan Mak Midah." - Qarl

Kepulangan TJ tidak lama kemudian telah membuatkan Deena mengambil keputusan untuk keluar daripada hidup Qarl. Baginya, TJ adalah untuk Qarl sedangkan dia hanya tempat persinggahan Qarl sahaja.

Namun, bagaimana pula perasaan Qarl terhadap Deena? Adakah dia kekal menganggap Deena sebagai 'orang gajinya' dan cintanya tetap setia pada TJ?