Cart 0
j.png

Seri Suri Hatiku

RM 21.60 RM 27.00


SERI... hidupnya tidaklah berseri-seri seperti namanya. Dia sering menjadi mangsa amarah dan cacian Mak Bedah dan Aifa. Untung sahaja dia disayangi oleh abahnya, Pak Rahim. Begitu juga dengan Ikmal. lelaki yang telah membuatkan hatinya berbunga riang. Dia tidak kisah berkorban demi meraih cinta lelaki itu.

Namun, hidupnya berubah dengan kehadiran Rayal di kampung itu.

RAYQAL... sebelum ini seorang yang berharta dan bongkak. Kini, tercampak di kampung apabila takdir telah 'menampar' hidupnya. Dia jatuh miskin dan terpaksa kembali ke pangkuan keluarga saat dia terkapai-kapai hidup di ibu kota.

Takdir telah menjodohkan mereka. Seri yang patah hati dengan Ikmal, telah menerima Rayqal sebagai suami kerana lelaki itu telah banyak membantu dan memberi sokongan padanya. malah, dengan kejujuran Rayqal yang mahu menjadikan dirinya sebagai suri hati telah membuka pintu hatinya buat Rayqal.

"Hah, eloklah tu. Sorang miskin, sorang lagi papa kedana. Memang sesuai sangat..."

Dalam melayari hidup berumah tangga dengan tenang, tiba-tiba dugaan datang menerjah. Rayqal berasa amat kerdil saat Fezly muncul dalam hidup Seri. Dia berasakan dirinya tidak sempurna dan tidak boleh memberikan kebahagiaan kepada Seri. Adakah Rayqal sanggup melepaskan Seri sebagai suri hatinya? mampukah Seri bertahan demi mencari kebahagiannya sendiri?