Cart 0
n1.png

Seri di laman hati

RM 20.80 RM 26.00


Harris nekad. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencantas prinsipnya. Amanah yang dipegang mesti dilaksanakan. Dalam resah memikul amanah, mencari wajah-wajah yang dirindui, ketenangannya dicuri. Kehadiran Seri Nur Anissa sebagai pembantu di rumahnya mencuri sedikit tumpuan Harris. “Betul awak dah kahwin?” – Harris “Betul encik, saya dah ada dua orang anak.” – Seri Harris meragui kenyataan itu. Keraguan Harris membawanya untuk menyiasat siapa sebenarnya Seri. Benarkah dakwaan gadis itu dia sudah beranak dua? Kebenaran akhirnya terbongkar. Harris juga bertemu kembali dengan insan yang dicari selama ini. “Ada apa encik telefon saya ni?” – Seri “Tak ada apa-apa, saja nak dengar suara Seri. Maklumlah, dah empat hari tak dengar, rindu pula.” – Harris Hati mula berlagu rindu. Kenangan hitam semalam memaksa Seri menepis segala suara rindu yang datang berbisik di jiwa. Apakah cinta Harris terbalas sedangkan Seri masih berdendam dengan keluarganya? “Kesalahan kau terlalu besar terhadap orang tua dan adik-adik aku.” - Seri Tanpa diduga, Fahmi, anak angkat ibunya yang sudah lama terpisah hadir membawa lamaran. “Adakah Anissa menerima saya dengan hati yang ikhlas?” – Fahmi “Demi emak dan adik-adik saya…” – Seri Harris atau Fahmi? Antara dendam atau kasih sayang? Mana yang menjadi pilihan Seri?