Cart 0
1488053483_2337031_z

Serasi di hati

RM 28.00


“What kind?” tanya Zalina sambil memeluk tubuh dan berdiri di hadapan Zarul yang semakin tertunduk demi mengelakkan godaan di hadapan mata.

“Taekwondo.”

“Belt?”

“Black belt 3rd Dan,” beritahu Zarul dengan suara agak perlahan.

"Wow! So you are the right person! Okey, jangan cakap banyak. I nak you terima aje tawaran I. You masih muda dan I nak bagi you kerja dengan gaji beribu sebulan. You tak payah kerja kuat-kuat, cuma jaga I. You boleh jadi pengurus peribadi I jugak sebab kadang-kadang masih ada promoter panggil I untuk pertunjukan fesyen. Maklumlah I ni masih laku dan berharga.”

Zarul merasa resah didesak begitu. “Tapi puan…”

“Stop calling me Puan, okay?” tegas Zalina. “Dan you jangan jadi bodoh tolak tawaran I ni! Zaman sekarang ni semua orang pentingkan duit. No money, no talk!" Zalina benar-benar memaksa Zarul menerima tawarannya.

Zarul terdiam lagi. Makin jenuh melarikan pandangan kerana liuk-lentuk tubuh Zalina benar-benar menguji kelelakiannya. Tak tahulah samada Zalina sengaja ingin menggoda atau memang sudah begitu sifatnya.

Otak Zarul ligat memikirkan tawaran Zalina. Fikirannya juga ligat mengenangkan perjalanan hidupnya. Duit bukanlah agenda utama. Tapi dia masih ragu untuk menerima tawaran yang datang secara tiba-tiba itu.

"Kalau you diam aje ni, I anggap you setuju. Deal?" Zalina menghulurkan tangannya.

Zarul diam.

“Rugi anak muda macam you kalau cuma bekerja di hotel. Come, kerja dengan I. I’ll show you the real world.”

Bagaikan terpukau, Zarul menyambut tangan Zalina.