Cart 0
1488051393_2029795_z

SEMPURNA OLEH WAKTU

RM 26.00


Bila jodoh itu sudah ditentukan, siapalah Zarra Adia untuk menafikannya. Tapi, jodoh yang ‘diletakkan’ di depannya ini tersangatlah menjengkelkan.

“Bulan depan kita bertunang dan seminggu lepas tu kita kahwin!” – Firman Syariff.

“Aku lupa tadi. Aku tak nak wife aku bekerja. Aku nak dia duduk rumah.” – Firman Syariff.

Belum pun ikatan yang sah termeterai, Firman sudah tunjuk perangai diktatornya. Hendak dibatalkan, waktunya sudah terlewat. Nak tak nak, Adia paksa diri turutkan saja.

“Kau jangan nak berangan sangatlah yang kisah kita ni macam drama TV. Gaduh punya gaduh, tup tup aku dengan kau boleh jatuh cinta.” – Firman Syariff

Egonya seorang Firman Syariff tak pernah mematahkan semangat Adia. Harapannya, moga ada sinar bahagia yang mencelah. Dan... sabar seorang Adia buat ego yang dijunjung Firman gugur jua ke bumi.

Tapi, silapnya Firman, bila dia sanggup memperjudikan ikatan mereka ke tangan mamanya. Dan segalanya musnah dalam sekelip mata. Mampukah Firman mengutip kembali cebisan hati sang isteri yang tersakiti? Apa akan jadi bila Adia yang selama ini hanya ‘pak turut’ tiba-tiba bertukar menjadi Adia yang baharu?
Yang pasti, Firman perlu tahu di mana silap diri sendiri