Cart 0

Sempurna Bukan Aku

RM 22.40 RM 28.00


Sempurna bukan aku. Kerna aku datang bersama dendam. Aku datang membawa luka silam yang tak terlihat di mata kasar. Dan kau… kau adalah sasarannya! “Macam mana tidur? Lena?”- Zaffran Adhitya “Kau siapa hah, syaitan?! Apa yang kau dah buat pada aku?!”- Helena Sumayyah Datangnya Zaffran ibarat api dalam sekam. Sedikit demi sedikit membakar hidup Helena dalam diam. Bagaimana mungkin lelaki pemusnah hidupnya menjadi hero yang berkali-kali menyelamatkannya?! Jejaka misteri ini bermotif! “I don’t know you Zaffran, even single things about you. You cuma orang asing yang tiba-tiba saja muncul dalam hidup I entah dari mana!”- Helena Sumayyah “Tapi belum terlambat lagi untuk kita berkenalan, kan? Let’s we start all over again,”- Zaffran Adhitya Bagi Zaffran pula, mendekati Helena adalah pertaruhan berisiko. Ibarat meniti di atas periuk api, bila-bila masa saja akan membinasakan dirinya. Dia terlupa kalau ‘CINTA’nya hanya tertidur, cuma menanti seseorang yang bakal membangkit semula rasa itu.  “Itu adalah dosa dan takdir dia sebab dilahirkan sebagai zuriat Yusoff Ghaffar! Kalau dia bukan anak Yusoff, mungkin aku akan kahwin dengan dia!” – Zaffran Adhitya Kehadiran Yunita dan Nik makin menambah perisa antara keduanya. Antara cemburu, cinta, sayang dan dendam… keduanya semakin keliru. Yang pasti, Zaffran harus memilih!