Cart 0
1488053856_2414012_z

SELAMAT PAGI CINTA

RM 23.20 RM 29.00


"Seperti sepasang kasut, meski berbeza kanan dan kiri, tetapi tetap berjalan menuju ke satu tujuan. Tetap seiring hingga ke garisan terakhir. Jika salah satu daripadanya hilang, maka tak adalah maknanya sebab yang seblah lagi tak mampu berjalan sendirian." Berfalsafah pula Encik Shafy.

"Tak faham."

"Sepasang kasut yang sayang dulu hilang sebelah. Lalu satu yang tinggal dah saya buang jauh-jauh. Apabila saya jumpa semula kasut yang hilang itu, saya tak rasa nak cari balik sebelah lagi yang dah saya buang. Sebab saya dah tak perlukan kasut itu lagi." Shafy cuba menjelaskan.

Ulfah cuba untuk faham. Teori cinta sepasang kasut. Menarik. Belum pernah dia dengar daripada sesiapa sebelum ini.

"Murahnya nilai kasut awak tu, kan?" balas Ulfah pula.

"Mahal pun kalau tak membri makna pada saya, tak guna saya simpan."

Mungkinkah Ulfah Mejar (B) Zakri mampu menjadi sebelah daripada kasut untuk Wadi ke jalan penamat? Tetapi mahukah Shafy tapa Teacher Ulfah yang tidak ada ciri-ciri perempuan melayu terakhir itu? AIDAH BAKRI sang Cinta yang pasti membuat anda tersenyum senang!