Cart 0
j.png

SEJARAH 133 WIRA TERBILANG DI ZAMAN RASULULLAH

RM 76.00


Dr. Khalid Muhammad Khalid

Buku ini adalah terjemahan dari karya agung "Rijal Haula Ar-Rasul" oleh Dr. Khalid Muhammad Khalid yang mengandungi sejarah 60 sahabat Rasulullah s.a.w. dan diberi tambahan sehingga 133 Sahabat Rasulullah s.a.w. Terbilang. Sesungguhnya sejarah mereka dipenuhi dengan nilai-nilai suci dan luhur yang patut dijadikan teladan bagi umat Islam.

Hati mereka yang kuat dalam memegang iman sehinnga tidak tergoyahkan oleh sebarang pujukan dan tipu daya kaum kafir, roh dan semangat jihad yang tinggi sehingga rela mengorbankan nyawa dan harta benda. Kekuatan dan kerajinan dalam beribadah, serta kezuhudan dan budi pekerti mereka yang gugur dalam Perang Badar al-Kubra, Perang Uhud yang menggerunkan, Perang Yamamah dan Perang Nawahand.

Karya ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur untuk dijadikan iktibar dan lampu penyuluh bagi menjalani kehidupan moden yang penuh dugaan serta cabaran. Ianya juga wajar dijadikan rujukan bagi pelajar sehinggalah di pusat Pengajian Tinggi memandangkan penulis dan penterjemahnya yang cukup berkelayakan.




Buku: Sejarah 133 Wira Terbilang Di Zaman Rasulullah
Penulis: Dr. Khalid Muhammad Khalid
Penterjemah: Abu Mayaza Al-Hafiz
Format: Kulit Nipis
Halaman: 964
ISBN: 9789830995892