Cart 0
q1.png

Sedekah Luar Biasa

RM 18.00 RM 20.00


Buku - SEDEKAH LUAR BIASA: KEAJAIBAN AMALAN PENARIK REZEKI
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

"Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lain."

Ustaz Zaharuddin memulakan coretan buku Sedekah Luar Biasa ini dengan memperkenalkan definisi sedekah seterusnya menjelaskan makna sedekah jariah. Selain itu, buku ini turut membicarakan perkaitan wakaf serta perkara yang berkaitan dengannya.

Perbincangan buku ini turut berfokus kepada galakan, kelebihan serta faedah amalan sedekah. Seterusnya diutarakan bentuk-bentuk sedekah yang disyariatkan dan kaedah-kaedah yang yang tepat dalam mengoptimumkan impak sedekah agar manfaatnya meluas.


Penghujung tulisan ini, Ustaz Zaharuddin membawakan isu-isu semasa berkaitan amalan seperti sedekah pahala, hadiah, pinjaman, hutang, rezeki, derma organ serta pelbagai isu lagi yang wajar diketahui oleh seorang Muslim.


Selingan kisah-kisah teladan ini akan menjentik semangat pembaca untuk mengamalkan tabiat sedekah tersebut. Melalui buku Sedekah Luar Biasa ini membolehkan fikrah-fikrah berkaitan permasalahan dapat disebarkan dengan meluas kepada masyarakat.


ISBN: 978-967-388-169-7

Halaman: 200

Terbit: Oktober 2014