Cart 0
N134.png

Rose of Orient New Novel

RM 20.80 RM 26.00


Banglo House of Ophelia telah diberi nama baru sebagai Rose of Orient setelah dibeli oleh seorang wanita elit bernama Doris Ong. Kejadian aneh dan orang hilang bermula semula. Inspektor Sabirin yang baru pulang dari selatan Thailand telah berhadapan dengan kes orang hilang itu. Elyas Khusairi yang berada di China untuk penggambaran filem Sumpahan Ling Chi cuba menyiasat rahsia di sebalik sumpahan ke atas pisau hukuman ling chi itu. Inspektor Sabirin terpaksa meminta khidmat kumpulan Xtreme Parahunters (XTPH) untuk mencari laluan alternatif ke dalam terowong di bawah banglo itu bagi membuktikan kejadian hukuman ling chi telah bermula semula.
“Tak ada yang dapat menamatkan sumpahan ni selagi darah kau dan aku tak bersatu.” - XIAO LI “Itulah kehidupan.
Pertarungan antara mengikuti jalan TUHAN atau jalan syaitan.” - SABIRIN “Kau dah dipermainkan oleh puaka tu.
Kalau kau tersilap langkah, kau jugak akan terjebak dalam perangkap dia.” - JADE