Cart 0
puaka kerusi antik.png

Puaka Kerusi Antik

RM 20.80 RM 26.00


Kehidupan Norliesa mula tidak tentu arah setelah kematian ketiga-tiga anaknya. Bagi Norliesa, kehilangan ketiga-tiga zuriatnya itu berpunca daripada anak bongsunya, Nurul Shafiqah. Keadaan itu membuatkan Lutfi selaku suami Norliesa dan ayah kepada Shafiqah hidup dalam dilema. Pada waktu yang sama, Shafiqah yang sedang menuntut di sebuah kolej mula berhadapan kejadian misteri. Seorang demi seorang rakan serumahnya hilang tanpa jejak sepanjang menyewa di rumah batu berhampiran kawasan kolejnya itu. Jiwa Lutfi terus diasak rasa serba salah apabila Romeor, rakan lamanya meminta pertolongannya untuk menilai barang-barang antik di Melaka. Mainan jiwa Norliesa, misteri yang menyelubungi Shafiqah dan kejutan yang diterima Lutfi saling berkaitan. Lebih parah, Shafiqah yang dituduh penyebab kematian abang dan kakaknya menjadi taruhan. Mampukah Lutfi dan Norliesa menyelamatkan nyawa satu-satunya anak mereka?

"Aku hauskan darah. Aku hidup dengan darah dan nyawa."