Cart 0
q1.png

Projek Hafal Hadis: Kaedah Sistematik Menghafal Sabda Nabi SAW

RM 25.00 RM 27.00


PROJEK HAFAL HADIS: KAEDAH SISTEMATIK MENGHAFAL SABDA NABI SAW

Mohd Solleh Abdul Razak


Buku Projek Hafal Hadis ini bersesuaian dengan tajuknya iaitu untuk mengajak semua golongan baik kanak-kanak mahupun dewasa untuk menghafal dan menghayati hadis Rasulullah SAW.


Naskhah ini terbahagi kepada empat bahagian dengan setiap bahagian menerangkan tentang ilmu hadis secara tepat dan padat.


Ia menyenarai dan menghuraikan panduan menghafal hadis dan juga boleh dijadikan pedoman dalam mengajak kita mendekatkan diri dengan hadis-hadis Nabi SAW.


Buku Projek Hafal Hadis ini turut memberi galakan untuk menjaga dan memelihara peninggalan Rasulullah SAW serta sesuai dijadikan panduan dan rujukan dalam kehidupan, begitu juga di kelas-kelas pengajian juga di mana-mana sahaja anda berada.


Apabila kita sudah menguasai dan mengetahui tentang sesuatu hadis itu sudah tentu kita lebih yakin untuk menyampaikan ilmu atau berhujah bagi mengajak lebih ramai lagi golongan untuk meminati Islam, insya-Allah.




Buku - Projek Hafal Hadis: Kaedah Sistematik Menghafal Sabda Nabi SAW

Penulis: Mohd Solleh Abdul Razak

Terbit: Februari 2017

Format: Kulit Nipis

Halaman: 464

ISBN: 978-967-388-274-8