Cart 0
1488053552_2338011_z

Poskad

RM 17.60 RM 22.00


Senyuman itu mengikat pandangan mata Maisa. Apatah lagi dengan lesung pipit di pipinya.

“Aaa...saya Sun...dan awak?”
Gadis itu diam, tak menunjukkan reaksi.
“Awak?” Ihsan ulang lagi. Masih menyaingi langkah si gadis.
“Pluto.”

Kerana sekeping poskad, Maisa diserang si teman wanita lelaki itu tanpa usul periksa.

“I dengan dia tak ada apa-apa. Tak akan ada apa-apa. FAHAM?”

Tahun berganti tahun, mereka bertemu semula di bawah satu bumbung.

“Saya rasa kita pernah jumpa sebelum ni.”
Kaki Maisa terhenti di situ.
“Miss Pluto kan?”

Hubungan yang mahu diletakkan noktah bertahun dahulu bersemi kembali. Tapi...agak-agaknya boleh ke lelaki yang sudah biasa dikelilingi perempuan cantik itu bersara dari dunia kaki perempuannya itu? Maisa tak pernah percaya. Tapi Maisa juga lupa, yang sebenarnya, waktu itu bergerak. Masa berganti masa. Musim berganti musim. Dan manusia itu pula, pun boleh berubah.

Selepas Vice Versa, kali ini EDNIN kembali dengan Poskad. Kisah cinta pandang pertama Maisa yang ditulis dengan bahasa yang santai dan memikat.