Cart 0
pohon.png

Pohon

RM 16.00 RM 20.00


PUAKA BERINGIN-ILYA ABDULLAH

Banglo yang dikatakan berhantu itu telah menarik perhatian seorang novelis seram bernama Hadif. Hadif menyewa banglo terbabit untuk merasai keseraman yang lebih realiti bagi idea manuskripnya. Berhampiran banglo itu terdapat sebatang pokok beringin. Di sebalik pokok beringin itu ada yang sedang memerhati Hadif.

LAMBAIAN ARA-NURHAN YUSOF

"Dia sukakan kamu. Itu sebab kamu nampak lambaian Ara." Bisik moyang Murkina. Alia yang masih lemah kembali menggeletar di dalam keretanya kerana ternampak wanita berkebaya hijau itu.

POKOK DURIAN BERDARAH-ASRAF SHAARI

Empat sekawan iaitu Ramli, Lokman, Mamat dan Zamri merancang untuk tidur di kebun milik atuk Mamat sambil menikmati buah durian. Keceluparan mulut Rahim memakan diri apabila dia tiba-tiba diganggu dengan penampakan kepala manusia yang tergantung di atas pokok durian. Misteri terjawab dengan terbongkarnya satu rahsia yang tidak pernah diduga mereka.

HARUM BAKAWALI-SUHANA MAT LAZIM

Khir mengalami mimpi pelik dan pelbagai kejadian misteri bermual pada hari ke empat setelah membeli pokok bakawali beberapa hari lalu. Bukan itu sahaja, dia mula mempersoalkan kenapa bakawali miliknya itu masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berkembang dan sehingga hari ke-6 pelbagai kejadian aneh berlaku.

SAKAT-ZAIF AB

Hafizul yang dikenali dengan kaki pancing telah memancing disuatu tempat. Ketika disana beliau telah menemui sepohon pokok sakat yang amat menarik minatnya. Lalu pokok tersebut dibawa pulang untuk dijadikan hiasan. Sejak memelihara pokok tersebut keluarnya telah diganggu kejadian aneh.

Antara karya-karya lain:

POKOK-ELLA AFFANDI

MISTERI POKOK UBI KAYU-ACIK ZAZA

TEKSI TERAKHIR-ZAIF AB

LU SUDAH KENA MAIN-ZAIF AB

JANTUNG-ALISSA ALEE

PATIN TEMPOYAK DAUN CEMUMUR-BALQIS JAZ