Cart 0
1488053926_2415950_z

Pesona Cinta Absolute

RM 22.40 RM 28.00


Kama yang kuberikan kepadamu terlalu mutlak. Aku akan jadi pencipta yang setia walau buana ini terbalik!'

KERANA kasmaran yang tidak terperi, Razli sangup membuang segala kebahagiaan hidupnya selama tiga puluh tahun. Selama itu, hidupnya dibiar kosong dan tiada erti demi kemutlakan cinta terhadap Faridah.

"Aku sangup tongong demi memastikan bahawa cintaku terlalu abadi. Sayangku kepadamu terpateri sehingga akhir hayat." RAZLI

Tetapi, segalanya berubah apabila kehadiran si gadis manis bergetah menjadikan jiwa Razli perlip. Pukulan asmara memukau Sabrina membuat Razli menodai sumpah setianya kepada Faridah yag terlalu utuh selama ini.

"Kau sudah gayut dimamah usia serta rambutmu lebih banyak putih daripada hitam. Tetapi aku tetap mencintaimu kerana ketulusan hati yang kau renjiskan di tubuhku." SABRINA

Razli dibuai keasyikan Sabrina yang sungguh abnormal. Lupa dirinya seorang tua yang sudah tidak bertenaga. Jiwanya menjadi muda dan taburan kasih yang selaksa daripada Sabrina membuat Razli alpa.

Keseronokan Razli bermain berahi di tengah lautan mengundang malapetaka ke atas dirinya. Kini Faridah muncul semua untuk menuntut sumpah setia yang telah dimeterai mereka berdua.

"Aku lenyapkan diri selama berpuluh tahun demi melihat kesetiaanmu. Ternyata kau jantan musibat yang mencabuli sumpah! Awas kau, Razli!" FARIDAH

Faridah mula bertindak brutal untuk mendapatkan Razli semula dari tangan Sabrina. Bagaimana Razli hendak menepis kekejaman Faridah? Adakah dia harus membahalilkan diri tanpa berbuat apa-apa? Atau menjadi adiwira untuk melindungi Sabrina yang diancam Faridah? Hanya Razli yang boleh mengorak segala kacau-bilau ini.