Cart 0
zzz1.png

Penagih Cinta

RM 22.40 RM 28.00


"Kau yang sanggup menjadikan aku seseorang yang gagah berani. Kau pula yang sanggup menjadikan aku sengsara selamanya. Kau boleh memutuskan pengharapanku. Kau pun sanggup membunuhku!" [#penagihcinta]

Apabila mayat seorang pelajar kolej dijumpai terapung di sebuah lombong tinggal di Shah Alam, ASP HAKIM dan INSPEKTOR IPK Selangor untuk menyiasat. Mereka dikejutkan apabila gambar ngeri mangsa yang sedang diseksa dan ditular ke media-media sosial.

Laporan akhbar Pena Rakyat oleh wartawan jenayah A. RIAZ makin merumitkan keadaan apabila kes culik dan bunuh itu dikaitkan dengan lima lagi kes hampir serupa yang turut ditulisnya sebelum ini.

Pembunuh psikopat yang mengalami kecelaruan identiti mahu dirinya dikenali sebagai PENAGIH CINTA, sengaja meninggalkan klu untuk mencabar pihak polis memburunya. Dia mencari, memilih dan mengumpan mangsa melalui Facebook.

Siapakah Penagih Cinta dan siapakah mangsa seterusnya?

"Suspek memilih mangsanya. Dia tak akan berhenti selagi tidak disekat" - Inspektor Fatin Arisya

Siasatan menjadi semakin kompleks apabila sebuah sindiket turut terlibat dalam kancah pembunuhan bersiri ini.

SEBUAH PRE-QUEL KEPADA NOVEL TERORIS!