Cart 0
9.jpg

Pemilik Cinta Zania

RM 20.80 RM 26.00


Perkenalan dengan Zaf tidak menyangka akan membawa Dania berjumpa dengan Zahin semula. Zahin Arsyad, lelaki yang telah menghancurkan hati dan perasaannya suatu masa dahulu.

“I tak kenal you dan I tak nak kenal you. You ingat you hensem sangat ke? Cermin diri you tu dulu. Setakat you ni ramai lagi yangnakkan I. Bukan you seorang lelaki dalam dunia ni. Jangan berlagak sangatlahyang I akan jatuh suka dengan you. You siapa nak bergandingan dengan I?” -Dania Wafa.

“You yang mula cabar I, Dania. Bukan I tak pernah bagi amaran pada you. You ingat dengan meminta maaf, perkara ini akan selesai? Kenapa you nak salahkan I dengan apa yang terjadi dekat you?” -Zahin Arsyad.

Jangan terlalu berdendam, takut nanti akan merana diri. Janganterlalu membenci, takut nanti terjatuh sayang. Jangan terlalumenyayangi, takut nanti dilukai.

Kerana satu rahsia, Zahin pergi tinggalkannya tanpa berita. Pergitinggalkannya di saat dia mula menerima dan mencintai lelaki itu sepenuhnya. Manaperginya janji lelaki itu untuk setia bersamanya? Mana perginya janjilelaki itu untuk terus mencintainya? Salah diakah semua ini terjadi?Mampukah rahsia yang tersimpan akan terus menjadi rahsia?