Cart 0
1579000

Pembancuh Kopi Mr Vampire

RM 20.00 RM 25.00


Selaku CEO, Alif Irsyad tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang waitress. Serasa putaran dunianya bertukar paksi. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

"Logically or practically memang tak mungkin terjadi bagi kau, Syad. Tapi kau kena ingat semua perkara ini cuma terbatas di fikiran sedangkan bukannya sesuatu yang impossible untuk berlaku. Jangan sampai teori logik akal kau memakan diri. Secara praktikalnya pulak kau dating mengadu dekat aku yang kau dah jatuh cinta dengan wanita macam Nuzul." ~ Syed Saiful.

Sumpahan atau doa seorang sahabat? Bermati-matian Irsyad menafikan rasa namun, pesona si gadis merantai naluri. Akhirnya bisikan asmara mendahului jiwa yang kelelahan cinta. Lantaran itu, Irsyad akur demi meneguk kasih seorang Nuzul Filzah.

"Aku sukakan kau, Nuzul. Lebih daripada nyawa ini aku boleh berikan pada kau."

"Encik…."

"Please be mine. Jadi milik aku supaya aku boleh menjaga kau dan adik-adik kau."

"Jangan suka saya boleh tak?"

"Dah terlambat, Nuzul. Aku jatuh cinta dengan kau lebih awal daripada ini. Sekarang hati aku hanya inginkan kau. Aku nak jadi sebahagian daripada keluarga kecil kau."