Cart 0
zzz1.png

Panduan Meraih Umrah yang Mabrurah

RM 10.20 RM 12.00


Melaksanakan umrah merupakan impian setiap Muslimin dan Muslimat. Namun, persediaan untuk mengerjakannya perlu dibuat supaya semuanya berjalan dengan lancar, mudah dan tenang. Oleh itu, buku ini ditulis dan disusun untuk memudahkan para tetamu Allah ketika melaksanakan ibadat umrah. Ia bukan semata-mata buku panduan mengerjakan umrah, tetapi juga menerangkan tentang tempat-tempat ziarah yang menarik dan sangat sesuai diziarahi semasa mengerjakannya. Di samping itu, disertakan juga beberapa soal jawab tentang kemusykilan berkenaan ibadat ini. Selain itu, buku ini juga memuatkan doa-doa ma’thur yang terpilih ketika tawaf dan sai serta ruang untuk ditulis doa-doa yang dicadangkan untuk dimohon ketika melakukan ibadat ini nanti. 

Mudah-mudahan buku ini bermanfaat kepada para tetamu Allah dan berguna untuk mendapatkan gambaran awal berkenaan umrah serta ziarah. Semoga umrah anda umrah yang mabrurah. Amin.