Cart 0
N336.png

My Thantophobia Girl

RM 20.00 RM 25.00


Sekali Malique Iskandar tersenyum, melekat Dian Amanda di pintu cermin butik! Semuanya gara-gara sikap ‘alerginya’ pada lelaki yang punyai lesung pipit. Walaupun situasi itu memalukan, tapi Dian Amanda yang dikenali bukan seorang yang serik untuk redah apa saja situasi yang mendatang.

Pertemuan demi pertemuan membawa hubungan mereka ke fasa yang halal tanpa diduga. Namun belum sempat mengulit bahagia, Bella yang sedari awal impikan susuk seorang Malique untuk mendampinginya mula bermain wayang. Fitnah dan lakonan handal menjadi modal untuk raih jiwa Malique.

“Kurang-kurang aku puas hati. Kalau tak bercerai, mereka tak bahagia. Kalau nasib menyebelahi aku, nyawa mereka mungkin boleh melayang.”– Bella Huzaifa.

Dian terus pertahankan syurganya. Tanpa disangka syurganya itu memilih satu keputusan yang akhirnya menghancurkan perasaan cinta dan kepercayaannnya.

“Ye. Tu kertas kerja untuk hari bahagia Bella. Sayang, abang minta maaf…” – Malique Iskandar.

“Kalau ni yang abang pilih, kata janji dan ikrar abang malam tu tak patut wujud!” – Dian Amanda.

Mengapa Malique memilih untuk bahagiakan Bella sedangkan Dian terus setia dengannya?

Dan kenapa kebaikan Dian dipijak tanpa rasa bersalah?

Dian Amanda… sempatkah dia menyentuh bahagia yang didambakan dengan insan yang dicintai.