Cart 0
N164.png

MY BOSS, TENGKU ZAFFRYEL

RM 20.80 RM 26.00


Perbezaan mengharuskan cinta mereka menjadi rahsia. Seorang bos dan seorang lagi hanya pekerja biasa. Bimbang kisah cinta dia dan 'The Boss' dihidu staf lain, Safya menjadi sangat berhati-hati.

"Tak ada orang nampak ke you ke sini?" -Safya

"Kalau nampak pun, kenapa? Since I'm the boss, siapa yang berani persoalkan kehadiran I di department ni?" -Tengku Zaffryel

Bagi Tengku Zaffryel, dia tak peduli siapa pun Safya. Yang dia tahu, hatinya hanya ada cinta buat si gadis.

"Kita kahwin?" -Zaffryel

"Zaff, what if I bukan macam yang you sangkakan?" -Safya

"I pun mungkin tak seperti yang you sangkakan, tapi I cukup yakin dengan you." -Zaffryel

Keyakinan Zaffryel membuka hati Safya untuk melangkah ke alam perkahwinan. Pun begitu, segalanya tidak mudah untuk mereka gapai.

"So, betullah apa yang mummy dengar, Zaff bercinta dengan staf?" -Cik Puan Salwa

"Bukan bercinta, tapi kami dah nikah pun. She's my wife now." -Zaffryel

"Adlene is so much better than her." -Cik Puan Salwa

Sebagai manusia biasa, Safya juga punya hati. Dia cukup terasa bila dibandingkan begitu oleh mentua. Apatah lagi Adlene itu ada kaitan dengan kisah silam Zaffryel.

Dan kehadiran Adlene juga telah membongkar kisah silam yang ingin Safya lupakan. Kisah mereka yang saling berkait menjadikan Safya tidak tenteram dan mula diburu emosi yang secara perlahan merapuhkan hubungannya dengan Zaffryel.

Siapa sebenarnya Adlene dan apa kaitannya dengan Safya?

Mampukah Safya sembuh dari luka yang sudah lama membalut hatinya dan menggapai bahagia bersama Zaffryel?