Cart 0
n1.JPG

MUA Most Wanted

RM 18.40 RM 23.00


Pernah tak anda mengalami situasi begini?


1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal?

2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh?

3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis?

4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula?


Perkenalan Lara Amani dengan  Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang.


Tidak habis di situ, biarpun Lara 'cuba-cuba' lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara.


"Faheem, saya rasa saya suka awak." - LARA


Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan.


"Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya." - FAHEEM