Cart 0
1488055685_2722935_z

MR SINGA MISS SELAMBA

RM 21.60 RM 27.00


Miss Selamba, itulah gelaran yang sesuai untuk Maira Qaisarah. Dialah manusia pertama berani melawan cakap Iqram Fattah a.k.a Mr Singa merangkap bosnya. Dengan beraninya Maira Qaisarah tayang muka selamba sambil tersengih bak kerang busuk ketika Iqram Fattah tengah marah? Memang buku bertemu ruas! Namun, sikap caring Maira Qaisarah membuatkan Iqram Fattah jatuh cinta, sampai sanggup masuk meminang. Gila ke apa? Tak pasal-pasal Iqram Fattah makan penumbuk Maira Qaisarah!
 
“Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan
meminang saya?” - Maira Qaisarah
“Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah.”
- Iqram Fattah
 
Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana. Lepas kahwin, Iqram Fattah jadi romantik pula. Maira Qaisarah terus jadi cair. Adat berumah tangga tak semestinya indah selama-lamanya. Tup… tup… Ain Suraya datang buat kacau, Aladdin Aimar pula tak habis-habis menggoda Maira Qaisarah. Rumah tangga mereka jadi huru-hara!
 
“Kenapa kau tak nak bagi aku peluang untuk bahagiakan kau, Maira? Aku betul-betul ikhlas cintakan kau.” - Aladdin Aimar
 
“Ular akan tinggalkan bisanya sebaik dia mematuk tubuh manusia. Kesannya, bisa itu akan meresap ke segenap pembuluh darah. Mati atau hidup? We will see soon!” - Ain Suraya